Yahudi menguasai dunia Hubungan Israel–Malaysia

Pada 17 Oktober 2003, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia menggesa umat Islam bersatu menentang Yahudi. Seruan itu dibuat semasa Persidangan OIC ke-57 di Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Presiden Russia, Vladimir Putin. Remaja Islam hendaklah menghindari serangan berani mati. Dr Mahathir mengatakan tafsiran semula Al-Quran hendaklah diusahakan supaya selaras dengan perkembangan sains dan teknologi.[21]Pada 21 Oktober 2003 dalam temubual dengan The Bangkok Post, Dr Mahathir menjelaskan beliau bukan anti-Semitik. Israel sebuah negara yang kecil dan tidak ramai Yahudi di dunia ini. Tetapi mereka mengawal dunia. Beliau menegaskan Malaysia telah menjemput pasukan kriket dan pelajar sekolah Israel datang ke Malaysia. Ini menunjukkan bahawa mereka selamat di sebuah negara Muslim dan tidak akan dibunuh. Banyak media cetak dan elektronik dikuasai oleh Yahudi. Orang Islam digambarkan sebagai pengganas. Umat Islam kuat kerana berjumlah 1.3 bilion dan tidak mudah dimusnahkan. Sebaliknya Eropah lah yang membunuh 6 juta Yahudi semasa Holocaust dan kini bermati-matian mempertahankan Israel. Sebenarnya orang Eropah yang anti-Yahudi dan anti-Semitik. Yahudi yang berjumlah 12 juta orang telah memerintah dunia melalui proksi.[22] Jonathan Peled selaku jurucakap Menteri Luar Israel kesal dengan ucapan Perdana Menteri Malaysia itu dan retorik Mahathir seperti itu bukanlah baru. [23]

Ketika Krisis Kewangan Asia 1998, Dr Mahathir menyalahkan konspirasi Yahudi Amerika bernama George Soros. George Soros dikatakan telah melancarkan pembelian saham dan jualan singkat sehingga menyebabkan bursa saham Malaysia jatuh merudum. Dr Mahathir tidak menyalahkan Yahudi tetapi realitinya Yahudi / Soros berada di belakang masalah ini. Tetapi pada tahun 2006, Dr Mahathir telah bertemu dengan George Soros di Kuala Lumpur. Anaknya Marina Mahathir juga telah menemui Soros dalam pertemuan itu.

Pada 21 Februari 2006, The Los Angeles Times melaporkan pada pelobi Yahudi, Jack Abramoff telah menerima $1.2 juta dari kerajaan Malaysia kerana mengatur pertemuan antara Dr Mahathir dengan George W.Bush pada Mei 2002 di pejabat Oval. Dr Mhathir mengesahkan laporan tersebut tetapi wang tersebut bukan wang kerajaan Malaysia. Abramoff telah menghubungi Karl Rove, iaitu penasihat Presiden Amerika Syarikat. [24]

Rujukan

WikiPedia: Hubungan Israel–Malaysia http://www.4d2u.com/viewcom.php?s=&lang=M&forumno=... http://www.aku-sempoi.com/2009/02/penguasaan-israe... http://www.anwaraidc.com/?p=22239 http://www.anwaribrahimclub.com/forum/index.php?to... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://chegubard.blogspot.com/